Warkah Untuk Seseorang itu… (you know who you are)

Filed under: Uncategorized — myzatul-akmar at 6:10 pm on Thursday, February 5, 2009

To YOU (you know who you are),

First and foremost, I would like to express my outmost dissatisfaction of you these recent months. You have been a constant, painful, ‘menjengkelkan’ and pesky bug that seems not being able to comprehend any word that are coming out of my mouth. I don’t want to bother myself sending you warning emails anymore (coz it didn’t work, obviously), so I decided to pour my angst out in this blog of mine (coz I know you read it).

Please try to understand that nothing ever sparked…I mean …NOTHING.. between us. I just don’t like it when you tell people that we’re an item, and in the end, I was left in an embarassing situation, whereas everyone that we know were asking me about how your so-called-romantic proposal to me went. WWHHAAATTT????

Skang nk guna Bahasa Melayu pulak…

Ko tau tak betapa malunya aku masa tu… betapa aku teramat terkejut… aku paham kalau ko suka kat aku, tapi aku dah bitau pendirian aku. Bukan aku takleh terima ko, tapi wat masa ni hati aku tak terbuka untuk sesiapa lagi.  Aku tak mau ko dibuai perasaan dengan sesuatu yang tak pasti & terkontang - kanting menunggu sesuatu yg payah nak jadi. Secara ringkasnya, aku tak mau seksa perasaan ko. Kenapa … susah sangat ke ko nak paham ayat aku tuh?

Aku bukan jenis yang suka naik angin, tapi aku tak suka kalau ko amik kesempatan atas kebaikan aku & sikap aku yg malas nk cakap lebih2. Tapi kot ye pun, ko jangan la sebarkan cerita yang tak betul… tu yang wat aku marah sangat. Skang ni, sume orang tuduh aku mempermainkan ko, sedangkan kita tak penah declare apa2 pun.

Aku hargai persahabatan kita selama ini, tapi aku sedih sgt bila ko wat aku mcm ni. Kot ye pun ko marahkan aku, dtg cakap depan2. Selama ni, ko takde mslh nak marah aku, kenapa kali ni ko wat aku macam ni…?

Aku bukan nak mintak simpati ko mahupun rakan2 yang baca luahan hati ni. Aku cuma mintak satu je… ko perbetulkan balik apa yg ko dh storykan kat sume orang. Aku dh penat nak explain kat orang2 yang berkenaan tu. Aku tak nak mmalukan ko, tapi disebabkan sikap ko tu la maka aku terpaksa buat macam ni.

Aku minta maaf kalau kata2 aku ni kasar, tapi aku cuma berterus terang. Terpulang la  kalau ko nak terima atau x. Aku doakan yang terbaik untuk ko dan semoga ko hidup sejahtera hendaknya.

~until then~

p/s: sori kalau aku emo…

Filed under: Uncategorized — myzatul-akmar at 1:15 pm on Friday, January 9, 2009
Aku dah pernah post menda ni kat bulletin fs, tapi aku suka sgt kata2nya.
————————————————————–
An Answered Prayer
I asked for strength,
And God gave me difficulties to make me strong;
 
I asked for wisdom,
And God gave me problems to learn to solve;
 
I asked for prosperity,
And God gave me brain and brawn to work;
 
I asked for courage,
And God gave me dangers to overcome;
 
I asked for love,
And God gave me people to help;
 
I asked for favours,
And God gave me opportunities.
 
I received nothing I wanted - I received everything I needed.
 
My prayer has been answered!
 
 
~taken from Azriela Jaffe’s “Create Your Own Luck” Newsletter, Issue #37~
 
 
**i got this from a frenster friend thru the bulletin. it does ring a truth, isn’t it?

Tahun Baru

Filed under: Uncategorized — myzatul-akmar at 5:18 pm on Wednesday, December 31, 2008

Salam buat semua…

Dah nak masuk tahun 2009 masehi… dan juga dah masuk tahun baru 1430 hijrah.
Dah banyak peristiwa yang dilalui… moga semuanya menjadi inspirasi dalam hidup bagi membina kekuatan diri, mematangkan fikiran, membuat penilaian yang lebih baik dari sebelumnya… dan menjadi insan yang terbaik seadanya.

Azam baru? Hurm, bagi aku menda tu dah terlalu klise setiap kali masuk tahun baru. Bagi aku, kenapa tidak kita mulakan azam pada waktu yang kita rasakan kita sudah betul2 bersedia untuk melaksanakannya. Cuma, aku belajar sesuatu pada tahun yang bakal berakhir ini… adakalanya, hati sendiri perlu dipujuk, biarpun hati yang lain tidak mungkin setuju.

Salam tahun baru untuk semua… semoga hidup kita sentiasa diberkati-NYA.
Aminn…..

Janda, Balu, Ibu Tunggal: Dilema & Persoalan

Filed under: Uncategorized — myzatul-akmar at 3:34 pm on Wednesday, December 3, 2008

Salam untuk semua…

 

Hari ni saya nak memperkatakan tentang suatu topik yang mungkin tak berapa best nak dengar tapi hakikatnya, ini adalah realiti dalam masyarakat kita hari ini..

 

Beberapa hari yang lepas, seorang rakan lama, Raina (bukan nama sebenar) telah menghubungi saya, setelah sekian lama kami terputus hubungan. Agak mengejutkan juga pada mulanya tapi syukurlah, masih ada insan yang mengingati diri ini. Kali terakhir saya menghubunginya, dia sudah pun berkahwin dengan jejaka pilihannya dan berhijrah ke negeri lain selepas bergelar isteri.

 

Namun, saya menelah, yang panggilan telefonnyanya kali ini bukanlah sesuatu yang menggembirakan… dan ternyata telahan saya itu benar. Raina baru bercerai dengan suaminya dan kini dia tinggal bersama ibu bapanya di ‘hometown’ nya. Pada sesi telefon yang berlangsung hampir 2 jam itu, dia meluahkan sesuatu yang saya kira patut kita renungkan bersama. Mungkin isu ini lebih dekat dengan wanita, namun dalam masyarakat yang dominannya lelaki, seharusnya perkara ini diambil peduli oleh kedua pihak.

 

Selepas kami bertukar cerita mengenai kehidupan masing-masing, Rania mengajukan satu pertanyaan yang tak terjangka… “Mai, aku nak mintak pendapat ko. Kenapa masyarakat suka pandang serong pada golongan wanita yang bergelar janda, balu atau ibu tunggal? Apa salah kami? Kami ni terdesak sangat ke nak rampas suami orang? Nak ganggu rumahtangga orang lain”

 

Buat seketika, saya terdiam… cuba mencari jawapan kepada persoalan Raina tu. Namun, saya tau persoalan itu bukan sesuatu yang baru, malah dari dulu lagi kita sudah sedia maklum tentang perkara ini. Dalam pengamatan saya, kebanyakan komuniti dalam masyarakat Asia ini mempunyai suatu stigma yang negatif mengenai golongan wanita yang ‘bujang kembali’ ini. Raina meluahkan, sejak dia bergelar janda, dia menyedari ada kalangan rakan2nya yang mula menjauhkan diri. Bukan hanya di pejabat, malah di kawasan kejiranannya juga. Dalam masa yang sama, begitu ramai lelaki2 jongos.. yang bujang, duda, mahupun suami orang yang mula merapatinya. Walaupun ada yang ikhlas namun kebanyakannya berniat serong… anda pun faham maksud saya, kan.

 

Rania meluahkan lagi, “Aku tau yang aku skang bujang kembali, tapi aku bukanlah kesunyian, kesorangan, ‘kedahagaan’ macam yang dorang sangkakan. Bagi aku, ini dah takdir yang Allah dah tentukan atas perkahwinan aku. Mungkin ini yang terbaik buat aku ngan bekas suami… Allah Maha Mengetahui atas segalanya. Bukan aku ‘kelapaq’ sangat nak berlaki skang ni. Tapi tulah yang aku tak paham.. kenapa orang pandang rendah pada golongan ‘bujang kembali’ macam aku ni..”

 

Sekali lagi, saya terdiam dengan luahan itu. Bila saya renung kembali, kita berada dalam masyarakat yang dibesarkan dengan pemahaman sebegitu. Saya tidak menyatakan yang kita memperolehi tanggapan itu dari ibu atau bapa kita, namun kita pasti terdengar atau pernah mendengarnya. Media massa juga tidak banyak membantu dalam megubah persepsi ini. Sebagai contoh, kebanyakan filem/mini siri/telenovela yang ditayangkan di kaca televisyen memaparkan golongan janda/balu/ibu tunggal sebagai golongan yang gatal, terdesak, suka mengambil kesempatan, mulut jahat/murai dan macam2 lagi tapi sumenya yang negatif saja.

 

Saya berkeyakinan penuh, tidak sumenya yang berperangai begitu. Malah, saya kira ramai ibu2 tunggal yang memilih untuk tidak berumahtangga lagi. Selain itu, ramai juga di kalangan yang ‘bujang kembali’ ini yang membuat hal masing-masing tanpa memikirkan untuk menerima kehadiran seorang suami dalam masa yang singkat. Pengalaman lalu mengajar mereka untuk lebih berhati2 dalam memilih pasangan, kerana mereka sudah melalui kepahitan itu. Mungkin sudah tiba masanya untuk kita mengubah persepsi ini kerana sedikit sebanyak, perkara ini melibatkan kita semua samada secara langsung atau tidak langsung. Yang Maha Pencipta telah mengurniakan aqal kepada kita… sewajarnya kita menggunakan anugerah itu dengan bijaksana, setaraf dengan kedudukan kita sebagai khalifah di muka bumi ini… Wallahu’alam.

 

Until then..

 

p/s: Pernah terfikir tak… kenapa perempuan ada lebih banyak gelaran selepas bercerai/kematian suami (janda/balu/ibu tunggal), sedangkan lelaki cuma ada satu je untuk semua keadaan.. (duda)… pikir2kan…

 

Suatu Pengertian

Filed under: Uncategorized — myzatul-akmar at 2:10 am on Thursday, September 4, 2008

Salam mesra buat semua..

 

Catatan saya kali ini mungkin agak berbeza sedikit dari yang pernah saya coretkan sebelum ini. Sekadar berkongsi rasa dan buah fikiran mengenai perkara2 yang (mungkin) berkait rapat dengan kita semua. Pada kali ini, saya ingin memperkatakan sesuatu yang ada sedikit menyentuh isu agama. Namun begitu saya harap agar rakan2 yang membaca coretan ini tidak salah faham atau menyalahtafisr apa yang ingin saya perkatakan kerana bagi saya, asas bagi setiap agama dan kepercayaan yang wujud di muka bumi ini adalah sama, iaitu saling berkasih sayang sesama insan, makhluk2 Tuhan yang lain dan yang paling utama, dengan Pencipta itu sendiri.

 

Beberapa minggu yang lepas, saya berkesempatan menonton filem ‘Evan Almighty’. Ye, saya tau yang cerita tu bukan cerita baru, namun sifat ingin tahu saya telah mendorong saya menontonnya. Saya masih ingat lagi bilamana filem tersebut telah cuba di halang penayangannya di Malaysia lantaran ada pihak yang menyatakan bahawa filem itu menyesatkan kerana menterjemah cerita seorang rasul dalam bentuk yang tidak dipersetujui. Agak kecoh juga, namun akhirnya saya difahamkan yang cerita ini dibenarkan penayangannya di Malaysia.

 

Terdapat satu adegan yang benar2 menarik perhatian saya dalam cerita ini. Isteri Evan (saya pun dah lupa namanya..) dan anak2nya berada di sebuah restoran dalam perjalanan ke rumah ibubapanya. Si isteri ini mengambil keputusan itu selepas dia mendapati perangai suaminya yang semakin pelik dari hari ke hari, dan juga penampilannya yang semakin berubah menyamai seorang santo tanpa penjelasan yang munasabah. Tambahan pula, selepas Evan digantung daripada jawatannya sebagai ahli Kongres (lebih kurang macam ahli parlimen kalau di Malaysia kot), Evan menyatakan hasratnya untuk menyiapkan sebuah bahtera seperti yang diperintahkan oleh God. Ops, saya ni dah tersasar pula…  =)

 

Ok, kembali kepada cerita asal saya. Di restoran itu, semasa menunggu anak2nya yang pergi ke tandas, isteri Evan telah meminta pertolongan seorang pekerja restoran untuk mengisi bakul kentang gorengnya yang sudah kosong. Tanpa pengetahuannya, pekerja itu adalah God (‘Al Mighty’ pada tandanamanya) yang telah meminta Evan membina bahtera itu. Dalam perbualan mereka itu, isi kandungan perbualan itu benar2 membuatkan saya terfikir. Terdapat satu ketika bilamana God berkata kepada isteri Evan (dialog yg saya bagi ni lebih kurang maksudnya aja)… “Apabila kita berdoa kepada Tuhan supaya memberi kebahagiaan kepada keluarga kita, adakah Dia memberi kebahagiaan itu secara langsung? Apabila kita berdoa kepada Tuhan supaya mengeratkan kasih sayang keluarga kita, adakah Dia memberi kasih sayang itu secara langsung, ataupun dia memberi suatu peluang & kesempatan untuk kita mengeratkan kasih sayang di kalangan ahli keluarga kita? Bilamana seseorang itu berdoa kepada Tuhan supaya diberi kekuatan dan keberanian, Tuhan tidak memberikannya secara langsung. Namun, Dia memberi suatu peluang dan kesempatan untuk seseorang itu memberanikan dirinya, lantas memberikan suatu kekuatan dlm dirinya.”

 

“Sebenarnya, kisah Noah dan bahteranya itu adalah sebuah kisah kasih sayang. Ada yang mengatakan kisah itu adalah kisah di mana Tuhan menunjukkan kemarahannya… semua orang suka kisah yang membabitkan kemarahan Tuhan. Cuba anda fikirkan, semua binatang yang datang menaiki bahtera itu datang berpasangan. Mereka tahu bahaya yang akan menimpa mereka tidak lama lagi, namun mereka tidak mahu pergi menyelamatkan diri mereka seekor sahaja, kerana mereka mempercayai sesama pasangan. Biar apa pun datang melanda, mereka akan sentiasa bersama.. berganding bahu dalam menempuhi segalanya.”

 

Setelah mendengar ungkapan tersebut, ia membuatkan saya terfikir sejenak. Sememangnya terdapat kebenaran dalam kata2 tersebut. Bak kata pepatah Melayu, “Yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang.” Tiada orang yang kaya & hidup senang dengan sekelip mata; semuanya memerlukan usaha dan yang paling utama, peluang dan kesempatan bagi merealisasikan usaha itu. Tanpa doayang berterusan & kepercayaan kepada Tuhan, manusia hanya akan merosakkan peluang itu, lantas usaha yang dijalankannya tidak akan memberi faedah kepada sesiapa pun.

 

Pernah saya berbual dengan seorang saudara baru, yang mana dia telah bertanya suatu soalan kepada saya ttg kasih sayang. Dia bertanya kepada saya, ” Kenapa kalau kita berbual & sebut pasal dosa, jawapan yang saya selalunya dapat ialah kita kena takut dengan Tuhan, sbb Tuhan marah bila kita buat dosa.” Saya bertanya kembali kepada saudara ini, “Apa yang awk tak faham sebenarnya?” Ini jawapan saudara itu kepada saya,”Kenapa kita perlu takut kepada Tuhan? Bukankah Tuhan itu Maha Mengasihani? Sepatutnya kita sayang pada Tuhan. Bila kita sayang Tuhan, kita tak nak bagi Tuhan marah. Jadi bila kita saling menyayangi, kita takkan buat perkara yang orang yang kita sayang tu tak suka… samalah macam kita tak mau wat dosa sebab kita tak nak Tuhan marah pada kita.”

 

Apa yang saya ingin nyatakan di sini, biarpun agama apa yang anda anuti, yang paling penting sekali adalah bagi anda memahami apa intipati ajaran & asas panduan agama tersebut. Dalam era kesangsian terhadap sesuatu agama pada ketika ini, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memahami perbezaan pendapat & pegangan orang lain. Asasnya… kasih sayang sesama insan… dengan cara yang berhemah, bersopan & bertamadun.

 

Saya pohon maaf andai ada kesilapan bicara dlm entri ini. Sekiranya ada salah silap, sila beritahu saya supaya boleh saya betulkan. Semoga dunia ini akan lebih harmoni buat kita semua..

 

Until then…

Life as a way it is…

Filed under: Uncategorized — myzatul-akmar at 7:16 am on Sunday, June 1, 2008

Have you ever trusted your life completely in hands of strangers?

I have… and never did I knew that it was the pivotal moment of my life… I thought that kindness had almost evaporated from the haerts of humans but I was wrong… and I was thankful that I was given the chance to go through that experience….

Life’s a bitch… sometimes..

Filed under: Uncategorized — myzatul-akmar at 5:11 am on Thursday, May 1, 2008

Ever had a day when everything just went abso-bloody-lutely wrong? As for me, it had happened yesterday… if there’s a heavier word than klutzy/clumsy, that’ll describe the person I was yesterday. I guess, my fingers had turned to butters.. hahaha!

Been pondering on stuff that had happened lately. Politics was my main concern these days. That’s the only point of discussion I had with my Abah & we texted on almost every day basis. Seems like we shared the same sentiment(s) on the current scenario.

Okay, I’m not trying to be all political here or seeding some sort of propaganda in those who are reading this, but I shared the same opinion as former PM of Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad, who had (relentlessly) asking the current PM, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, to step down. I’m not trying to deny the kind of leadership that P.Lah has been in since his reign… it’s just that he didn’t seem to care about the strong voice that the Rakyat had poured out in the 12th General Election on 8th March 2008.

I have to admit that I didn’t go for voting during the election. Part of it was of protest… of the rapid hike in prices of oil, sundry goods, tolls, etc. Turns out that there’s lots of others who shared my sentiments. Unless something is to be done to control the current  (unwarranted) situation, Malaysia’s future in politics and administration hung in a balance. Like I said, I wasn’t trying to create an unwanted sentiment, let alone spreading hate… but just want to ponder on something that we need to seriously think about.

I’ll be talking more on this in my next entry (ies). Right now, I had to nurse my sprained ankle… ouch!

Until then…

Lagu ni penuh makna….

Filed under: Uncategorized — myzatul-akmar at 12:23 am on Thursday, February 28, 2008

Ramlah Ram- Ketentuan

Tak semudah kau sangka
Melepaskan kau pergi
Hati yang meronta, hampa kecewa
ku tekad sembunyikannya dari pandanganmu

Ku rela begini
Berakhirnya di sini
Dari bersamamu terus berpura
Setelah cinta tiada lagi di hatimu

Chorus

Ku hapuskan airmata dari mengiringi
Kesengsaraan mengharung perpisahan ini
Ku pujuk jiwa nestapa
Pendamkanlah duka
Pasrah pada lara ketentuan ini

Tak semudah kau rasa
Melepaskan kau pergi
Hati yang terluka dikunjung jua
Kerinduan yang tidak tertanggung terhadapmu

*Bridge

Sesungguhnya
Ku tahu betapa sukar untukku
Menempuh hidup
Walau sehari tanpamu
Ku terseksa

Kenapa Adik Sharlinie Masih Belum Ditemui?

Filed under: Uncategorized — myzatul-akmar at 11:26 pm on Wednesday, February 27, 2008

Sudah sebulan lebih adik Nor Sharlinie Mohd Nashar hilang, dipercayai diculik oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘lelaki kucing’. Walaupun gerakan mencarinya telah dilancarkan secara besar2an di seluruh negara, hatta mengadakan kawalan di pintu sempadan & mengadakan pemariksaan dari rumah ke rumah di kawasan sekitar, namun setakat ini pencarian tersebut masih belum menampakkan hasil.

Saya bukan mahu memperkecilkan usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa & orang2 awam yang bekerja keras, namun pada hemat saya, pendekatan yang diambil dalam menyelesaikan kes ini agak kurang tepat. Sepatutnya sebarang usaha yang dilakukan oleh pihak polis tidak perlulah disebarkan di media massa. Sekadar menyebut ‘usaha mencari sedang giat dijalankan oleh pihak polis’ atau ’siasatan masih dijalankan’, bagi saya itu sudah memadai. Bukan untuk memberi gambaran bahawa pihak polis tidak menjalankan tugas, tapi bagi memastikan bahawa mangsa itu berada dalam keadaan yang selamat. Ini kerana sekiranya suspek yang melarikan adik Sharlinie tu sudah tentunya akan panik & akan mencari jalan untuk menyelamatkan dirinya dari keadaan tersebut.

Lagi satu, gambar adik Sharlinie yang diedarkan kepada umum juga sudah tidak relevan lagi. Kalau saya yang nak menculik budak, perkara pertama yang akan saya lakukan adalah mengubah rupa asalnya. Tak kira la samada nak botakkan, panjangkan rambutnya, comokan wajahnya, hatta mencacatkannya sekalipun. Maaf saya pinta andai kata2 saya ini kedengaran kasar bunyinya, tapi saya sekadar berkongsi apa yg tersirat di fikiran saya. Terpulanglah pada kalian untuk menilainya.

Apapun, sama2lah kita doakan agar adik Sharlinie sentiasa di bawah perlindunganNya… semoga apa yang terjadi menjadi iktibar kepada kita semua.

p/s: Jangan lupa menunaikan kewajipan mengundi pada 8 Mac 2008 nanti.. :)

30 rahsia wanita yang lelaki perlu tau…sekadar berkongsi…

Filed under: Uncategorized — myzatul-akmar at 4:11 am on Wednesday, January 16, 2008

I got this from my fren in my email. Ada statement yang tepat, ada yang tidak.. ada yang bergantung pada keadaan. Terpulang la pada anda untuk menilainya..  :)

——————————————————————————

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya. (yup…true enough..)

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti
hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya
semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila
hubungan itu putus di tengah jalan). (been there, done that…*sigh*)

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu
akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang
keluar dengan lelaki lain. (yup…)

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam
matanya,dia akan cair seperti coklat!! (err…ye ke??)

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu
semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja. (for some of us, yes..this is very true. )

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu
tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu
masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak
berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja
ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai 10
minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut. (hahaha… masa remaja dulu mmg macam ni…hehehe!)

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan
persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu
atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!! (ya, yang ini sangat betul. payah sangat ke nk beranikan diri untuk bertanya, wahai lelaki? kalau korg dapat buat macam ni lagi kitorg respek…coz u gentleman…)

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta. (yang ni jangan amalkan sangat. kadang2 tips yg diberi agak mengarut. setiap ladies ada definisi romantik yg tersendiri, so jgn assume sume ladies sukakan benda yg sama, ok? senang citer, refer no. 17.)

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari
oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah
hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki
yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka
semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik. (well, that depends. kalau bukan dia sendiri minat kat lelaki tu, she’ll be glad to help. tapi kalaupun dia suka kat lelaki tu, takdelah sampai nk benci.. melainkan kalau dia diperlekehkan.)

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan
surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan
romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu. (ni pun bergantung pada keadaan jugak (refer no. 17). lagi best kalau kad tu buat sendiri ke, masakkan masakan kegemaran dia ke, belikan buku penulis faveret dia ke…things like that. it means you’ve gone great lengths to win her heart over. leh cair hati perempuan tu tau.. and she’ll appreciate you even more..)

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita
pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa
yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. (aaahhh… bukankah kita semua mahukan perkara yang serupa..?)

Next Page »